BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Kedatangan Jepun (Bahagian 3)
Adakah kita percaya bahawa sesuatu tindakan tidak mempunyai sebab? Sudah tentu jawapannya tidak. Semua perkara yang berlaku mempunyai sebab musabab, perkara ini juga boleh dikaitkan dengan peluasan kuasa Jepun yang mempunyai beberapa sebab atau faktor, antaranya ialah:
Faktor Dalaman ( Faktor dalam negara Jepun itu sendiri)
a) Kekurangan tanah pertanian akibat pertambahan penduduk Jepun
b) Keperluan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustrian
Faktor luaran ( Faktor luar negara Jepun iaitu negara selain Jepun
a) Keperluan bahan mentah seperti bijih timah, petroleum dan getah untuk menjadikan Jepun sebagai sebuah negara industri.
Saturday, 19 November 2011
BAB 1: PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
Kedatangan Jepun (Bahagian 2)
Sebelum kita menyingkap kedatangan Jepun di negara kita, adalah lebih baik jika kita tahu serba sedikit peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia kedua yang mengorbankan jutaan nyawa. Berikut merupakan kejayaan yang telah dilakar oleh pihak tentera Jepun:
Tahun Peluasan Kuasa Jepun
1895 Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama
1905 Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun
1910 Penaklukan kuasa Jepun ke atas Korea
1932 Penjajahan Jepun di Manchuria
1937 Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Kedua
1941 Serangan Jepun terhadap Asia Tenggara
Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kemenangan Jepun ke atas kuasa besar terutamanya Rusia memberi keyakinan kepada pihak tentera Jepun untuk terus mara sehingga ke negara kita

Wednesday, 16 November 2011
BAB 1: PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
Kedatangan Jepun (Bahagian 1)
Negara Jepun mengalami satu fasa perubahan daripada dasar tutup pintu (pemencilan kuasa) kepada sebuah kuasa penjajah (imperialisme) iaitu semasa pemerintahan Maharaja Meiji.
Sasaran utama Jepun adalah negara China atas beberapa faktor :
a) Banyak bahan mentah
b) Merupakan pasaran bagi negara Jepun
Kedatangan Jepun (Bahagian 1)
Negara Jepun mengalami satu fasa perubahan daripada dasar tutup pintu (pemencilan kuasa) kepada sebuah kuasa penjajah (imperialisme) iaitu semasa pemerintahan Maharaja Meiji.
Gambar menunjukkan Maharaja Mikaddo Meiji
Pemulihan Meiji menekankan PEMODENAN & PERINDUSTRIAN. Oleh itu, penekanan kepada 2 perkara ini menyebabkan pihak berkuasa Jepun menjelajah ke Asia bagi mencengkamkan kuasa mereka menjadi sebuah negara moden dan negara industri yang terunggul di dunia.Sasaran utama Jepun adalah negara China atas beberapa faktor :
a) Banyak bahan mentah
b) Merupakan pasaran bagi negara Jepun
Gambar menunjukkan peta negara China
Kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam Perang Rusia-Jepun 1905 menjadi penanda aras kekuatan sebenar Jepun pada ketika itu. Keyakinan mula meresap ke dalam jiwa pihak tentera Jepun dan seterusnya meneruskan ekspedisi ketenteraan di Asia Timur dan Asia Tenggara.Gambar menunjukkan kemaraan tentera Jepun
Tuesday, 15 November 2011
BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Pemerintahan Tentera Jepun
Secara umumnya pelajar sudah pasti pernah mendengar secara tidak langsung mengenai kekejaman tentera Jepun semasa menduduki negara kita sama ada melalui televisyen mahupun akhbar. Oleh itu, pelajar sudah memperoleh pengetahuan sedia ada bahawa Jepun menjalankan pemerintahan bercorak KETENTERAAN.

Monday, 14 November 2011
BAB 1 : PEDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Pengenalan
Dalam bab ini pelajar akan didedahkan dengan faktor yang menyebabkan kemaraan tentera Jepun di negara kita. Selain itu, pelajar juga akan melihat bagaimana strategi kemaraan yang dilakukan oleh pihak tentera Jepun di negara kita. Selepas Jepun berjaya menawan negara kita struktuk pentadbiran dibina dan pelbagai dasar daripada segi politik, ekonomi dan sosial digubal bagi mengukukan cengkaman pihak tentera Jepun di negara kita. Akhir sekali pelajar akan didedahkan dengan kesan pendudukan Jepun selama 3 tahun setengah di negara kita daripada segi ekonomi, politik dan sosial.

SEJARAH TINGKATAN 3
Pengenalan
Dalam sejarah tingkatan 3, pelajar akan mempelajari beberapa kronologi sejarah yang membabitkan zaman kedatangan Jepun ke Tanah Melayu hingga menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Tempoh peristiwa adalah sekitar 1930-an iaitu semasa perang dunia ke-2 meletus hingga 1960-an iaitu peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia. Antara topik yang akan dibincangkan ialah:
BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
BAB 2: MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA
BAB 4: KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH
KEMERDEKAAN
BAB 5: KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
BAB 6: PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH
BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH
BAB 7: MALAYSIA YANG BERDAULAT
Pelajar akan mempelajari sejarah tingkatan 3 mengikut turutan peristiwa yang berlaku di negara kita. Sejarah tingkatan 3 merupakan sejarah Melayu Moden dengan pergolakan beberapa negara antarabangsa seterusnya mengheret negara kita ke arah konflik yang lebih besar.

Subscribe to:
Comments (Atom)