BAB 1: PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
Kedatangan Jepun (Bahagian 2)
Sebelum kita menyingkap kedatangan Jepun di negara kita, adalah lebih baik jika kita tahu serba sedikit peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia kedua yang mengorbankan jutaan nyawa. Berikut merupakan kejayaan yang telah dilakar oleh pihak tentera Jepun:
Tahun Peluasan Kuasa Jepun
1895 Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama
1905 Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun
1910 Penaklukan kuasa Jepun ke atas Korea
1932 Penjajahan Jepun di Manchuria
1937 Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Kedua
1941 Serangan Jepun terhadap Asia Tenggara
Di sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kemenangan Jepun ke atas kuasa besar terutamanya Rusia memberi keyakinan kepada pihak tentera Jepun untuk terus mara sehingga ke negara kita



No comments:
Post a Comment