Kedatangan Jepun (Bahagian 1)
Negara Jepun mengalami satu fasa perubahan daripada dasar tutup pintu (pemencilan kuasa) kepada sebuah kuasa penjajah (imperialisme) iaitu semasa pemerintahan Maharaja Meiji.
Gambar menunjukkan Maharaja Mikaddo Meiji
Pemulihan Meiji menekankan PEMODENAN & PERINDUSTRIAN. Oleh itu, penekanan kepada 2 perkara ini menyebabkan pihak berkuasa Jepun menjelajah ke Asia bagi mencengkamkan kuasa mereka menjadi sebuah negara moden dan negara industri yang terunggul di dunia.Sasaran utama Jepun adalah negara China atas beberapa faktor :
a) Banyak bahan mentah
b) Merupakan pasaran bagi negara Jepun
Gambar menunjukkan peta negara China
Kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam Perang Rusia-Jepun 1905 menjadi penanda aras kekuatan sebenar Jepun pada ketika itu. Keyakinan mula meresap ke dalam jiwa pihak tentera Jepun dan seterusnya meneruskan ekspedisi ketenteraan di Asia Timur dan Asia Tenggara.Gambar menunjukkan kemaraan tentera Jepun



No comments:
Post a Comment